Assalamualaikum dan salam
sejahtera..Setelah sekian lama tidak saya buka blog ni. Allahuakbar rasa macam
meniti zaman remaja pula,mana taknya sebelum ni blog ni saya selalu update pon
waktu zaman muda belia..hahahaha :) Selalunya saya ni biasa menulis namun
kini, rasa macam kekok hendak memulakan bicara. Alhamdulillah, kini setelah
bergelar Mrs Adri..muahahahaha dekat setahun lebih ni macam banyak sangat nak
story dengan kalian. Buat yang selalu bertanya bila nak bertiga..maaflah kami
masih berdua (sambil gelak sendu tahan nangis)..Allah kuatkan hati kami selalu
supaya sentiasa usaha,tawakal dan redha dalam menempuhi ujian ini.
Saya dan en shuben ni kalau dapat masa
berdua memang selalu sangat nak bercuti..bukan apa kalau da start kerja memang
tak habis la..penat sangat-sangat tunggu masa yang dua-dua free. Kalau pasangan
lain mungkin merasa lepas nikah terus berhoneymadu...tapi kami dengan kekangan
masa dan saya pula dengan sibuk nak daftar diri kerja lagi..memang tak sempat..
Sebut pasal kerja,sekarang saya berkhidmat
dengan Jabatan Imigresen Malaysia. Memang nak kata rezeki berkahwin la macam
yang selalu orang tua katakan..tarikh nikah sama dengan tarikh lapor
diri..nasib lah dapat tangguh sehari..Inai merah kat jari saya dengan kepenatan
bersama en shuben drive malam selepas abis majlis nikah dan sanding terus ke
Putrajaya. Tuntutan kerja membuatkan saya tak dapat nak berhoneymadu dengan en
shuben...En Shuben..maaf la sesangat.. :(
Hidup
berdua memang seronok..yelah sebelum ni selalunya bila ada masalah ke ape tak
semua kita boleh share dengan si dia..bila dah berkahwin ni masing-masing
melengkapi dan Alhamdulillah sebab dapat en shuben yang sangat memahami dan
pendengar setia saya..Tq abang :)